Minda untuk diKerah!!!

KerahMinda MindaKerah KerahMinda

Thursday, 8 March 2012

johor masih tiang seri umno??

Tipiem Muhyidin yassin begitu yakin bhawa johor masih lagi 'tiang seri' umno pada PRU 13 nanti,sentimen pengundi di Johor sentiasa positif tambahnya lagi..kuikuikui..
Siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memiliki byk hartanah di Johor??
Akibat daripada dasar terbuka itu,telah menyebabkan gani saman xsenang duduk kerana terlampau banyak memo dan saman yang diterima dari penduduk johor akibat tanah mereka tergadai..
Siapa yang telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab melayu di Johor dan pemilikan dalam Dana Johor??
Orang yang bertanggung jawab ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989-1995
Siapa lg kalu bukan Tipiem Muhyidin yassin.Dan untuk menyelamatkan karier politiknya muhyidin telah dipindahkan ke pusat sebagai Menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir.


Dan hari ni Muhyidin telah berjaya mendaki tangga keemasan politik dlm Umno apabila dilantik sbgai tipiem selepas menang jawatan timbalan presiden Umno.

Bagaimana Johor hendak menjadi 'tiang seri' Umno sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura???



 P/s:   Asalkan bukan umno........


Monday, 5 March 2012

Kenapa harga rumah di Johor mahal!!

 Aku tak tahu le pasaran hartanah negeri lain di Malaysia tp kalau aku bagitau harga rumah teres 2 tkt di sekitar Johor Bahru sekarang ini rata ratanya bernilai RM170K keatas. Kalau nak jumpa yg murah daripada tu aku rasa mungkin jauh di pedalaman luar kawasan JB yg perlu menempuh 2,3 jam perjalanan.


 Rege sekitar tu pun biasanya bukan jenis rumah yg mewah pun,sekali pandang mcm rumah murah teres biasa je cuma mungkin design je yg terkini tp kalo kira kaki perseginya lebih kecil dari standard rumah teres biasa. 


Kenapa mahal sangat? ada ke orang nak beli??? rakyat Singapore la....


NI ke kata membantu mereka yg benar-benar memerlukan rumah sendiri dan adakah harga yang ditawarkan tu setaraf dengan nilai yang dijanjikan???


 Adakah semua rakyat Johor yg duduk di sekitar kawasan tu kaya kaya belaka? mampu beli rumah rege sedemikian? . Para pemaju kata mereka dah fikirkan alternatif utk orang yg berpendapatan rendah macam aku iaitu menyediakan rumah flat taraf apartment dengan segala fasiliti ala kondo 4-5 bintang rege sekitar RM80-RM110,000. Iyelah tu, taraf dah le strata, tiap tiap bulan kene bayar lak duit maintenance dengan pemaju lak tu. Kalo ramai tak bayar kita yg rugi kalo ada apa apa berlaku pihak pengurusan wat bodo je.


Kerajaan negeri pun entah lah gheti buat kerja ke x la. Pergilah menguatkuasa kan langkah yang boleh membela rakyat negeri sendiri woii. Takkan bertahun tahun buat bancian seluruh negeri masih tak dapat kira berapa pendapatan penduduk per kapita sebulan setahun???takkan dah dapat data tak buat sesuatu utk membantu? Alasan apa pula kali ni. entahlah. kalo pemaju lain la, alasan mereka hanya mensasarkan kepada pelaburan dari negara luar terutamanya Singapura utk beli tanah dan duduk mewah kat negara kita ni tanpa perlu merasai kesusahan spt rakyat negeri ini yg nak beli rumah pun kene isi form yg entah bila no giliran nak dapat rumah kos rendah yg jenis teres tu..


Duk bangga sangat dengan kemajuan yg ntah pape,penuhkn poket smpai generasi ke 1000 pun xguna la klau masa depan rakyat sndiri dilingkupkan!!! Haaa,ade pulau buatan baru nek kt danga tu,hanya 10 bijik rumah exclusive je ada..untuk sape??? Melayu Johor duk melangguk jela...ngeh3














P/S  :  Johor darul umno la katakan.....



Saturday, 3 March 2012

Melayu setinggan dianak tirikan di johor.....






         Kerajaan Negeri telah membayar sebanyak 30k kepada setinggan Pekedai diTampoi ,tetapi setinggan di Denai pinggiran dan Desa rahmat tidak diberikan pampasan 1sen pun.Kenapa boleh cmni ye,adakah kerana setinggan pekedai itu kesemuanya berbangsa Cina ??? dan setinggan Denai pinggiran dan Desa rahmat itu berbangsa Melayu???
Isunya sekarang,kedua dua ialah setinggan tetapi kenapa Cina dapat Melayu tidak dapat.Perbezaannya hanyala bangsa Cina tu pekedai,melayu tu rumah.Kenapa mesti di double standardkn???

Aku nampak satu je...umno tahu orang cina kat johor dah tak sebelahkan BN,so nk pancing undi dia bg la jajan2..

Umno confiden lebey yang orang melayu tidak berubah menyokong umno,sbb 2 la ada kes double standard cmni..

p/s :  cukup2 la bodo2 kn rkyat......